Jumaat, 1 April 2011

Bila hati berbicara

Assalamualaikum....

Untuk isian pertama, saya tidak pasti apa yang harus saya tulis, tetapi sebagai langkah pengenalan, saya ingin memperkenalkan tulisan saya yang saya ilhamkan selepas saya menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran kehidupan. Bukan untuk meluah..kekadang betul juga tu.. tapi ingin berkongsi suka duka hidup saya, bukan untuk diadili, bukan juga untuk diamati, cukup sekadar menjadi catatan dalam kamus hidup saya. Paling tidak sebagai tinggalan untuk bakal anak cucu saya nanti.. =))

Saya pernah menjadi blogger sebelum ini, tetapi atas sebab kekangan waktu dan halangan dari 'seseorang', saya hentikan seketika. 'Seseorang'???Misteri bunyinya...hmmm....mungkin bakal diceritakan di lain entri..Namun, kerana 'seseorang' itulah, hati saya terbuka untuk menulis kembali..Hah....makin misteri jadinya...Untuk sementara, biarlah rahsia dulu buat masa ini....hmmmmmm...=))

 Saya seorang guru jauh di pedalaman Sarawak...Mula-mula agak sukar menerima ketentuan ini, namun kuasa Allah, hati kini lebih tenang di sini. Dan kerana tempat inilah, saya melakukan perubahan yang agak besar dalam kehidupan saya. Kerana di sinilah, saya diuji Allah hakikat kesabaran yang sebenar. Kerana di sinilah, saya kehilangan cinta yang dulunya saya agung-agungkan. Kerana di sinilah, saya belajar erti dan hakikat sebuah kehidupan. Kerana di sinilah, saya menyedari makna kasih sayang keluarga. Kerana di sinilah saya melihat realiti kehidupan manusia. Kerana di sinilah, saya memahami hakikat Qada dan Qadar Allah sememangnya bukan dalam tangan kita.

Syukur Allah, limpah rahmatMu begitu besar.

 Apa yang saya coretkan bukan hanya untuk rekaan dan suka-suka, kerana Allah tidak suka pada pembohongan. Saya mencari sesuatu, sesuatu yang memberi ketenangan. Jika dulu saya fikir, cinta manusia memberi kebahagian memberi saya ketenangan, namun kuasa Allah jelas, saya kehilangan ketenangan sementara itu. Jika dulu saya fikir, duit dan pekerjaan memberi kepuasan dalam memiliki sesuatu, namun jelas duit dan pekerjaan tidak pernah cukup untuk membuat hati saya puas. Saya terus mencari......Menyelongkar, apa yang hati saya mahu??Kuasa Allah, Allah telah memberi tanda, namun saya kadang-kadang ego dan
bertangguh-tangguh. Saya tahu Allah sudah menyuluh cahayaNya, namun saya tetap ikutkan hasutan hati yang tidak mahu kehilangan cinta sementara itu. Tapi Allah itu Maha Penyayang, Allah beri saya dugaan yang sangat besar pada saya sebagai seorang perempuan semata-mata untuk Allah buka mata saya tentang makna tawakal dan kebergantungan hanya pada Allah SWT. Saya tidak mahu kehilangan apa yang telah Allah kurniakan kepada saya. Cukuplah, saya tidak mahu Dia berpaling dari saya. Kita mampu kehilangan cinta dunia, namun bila kita kehilangan cinta Allah, hidup dan mati kita sudah tidak ada makna....

Saya ingin berkongsi pengalaman saya, berkongsi ilmu yang saya baca, memberi informasi yang berguna, kerana dengan cara ini saya mampu memberi kebahagiaan kepada hati saya. Mudah-mudahan. Komen dan cadangan pembaca sangat dialu-alukan dalam membaiki diri saya menjadi muslimah yang berguna kepada masyarakat. Saya tidak mampu berjihad mengangkat pedang, cukuplah saya merangkak-rangkak menulis yang paling tidak mampu memberi ilmu kepada orang lain.

Mencari sinar Jannah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan